coreTAN buat WANITA...^_^..
Coretan Buat Wanita
Bismilahirrohmannirahmin
Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun
dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang
lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari
rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi
mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.
Nabi saw bersabda : “ Wahai
sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki
surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan
memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan
kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang
berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita
yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka
pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit
sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”
* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali,
seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.
* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan
pandangan rahmat.
* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½
tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit
meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia
sentiasa dalam kerelaan suaminya.
* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha
terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan
isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa
pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt
akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang
disukainya.
* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari
pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan
anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala
12 tahun ibadah.
* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah
Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah
Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat
sepanjang malam.
* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan
anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt,
dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan
suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan
70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.
* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah
tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di
akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya,
iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya seorang wanita
mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya
ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami
sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi
seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai
AL-Khalik”
Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang
memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt,
walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan
suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda
bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan
Maryam.
Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam
kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan
menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau
kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan
amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir
dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya,
tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau
kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.
Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu
ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu,
maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum
pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi
ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan
berkeras melangkah maju”
Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita
bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita
kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah
tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia…
sumber: Mujahidah Solehah
Comments
Post a Comment